Tips Kesihatan

Betul ke Kencing Manis Boleh “Reverse”?

Seorang lelaki menunjukkan bacaan gula normal pada glucometer


Dakwaan seperti ini sering tular di media sosial, menimbulkan rasa ingin tahu dan harapan bagi pesakit diabetes. Tapi adakah ia fakta atau sekadar mitos? Artikel ini akan mengupas isu ini secara mendalam, berdasarkan kajian perubatan terkini dan pandangan pakar


Apa itu Diabetes?

Diabetes mellitus, atau kencing manis, terbahagi kepada dua jenis utama:

Type 1 : Disebabkan kerosakan autoimun yang menyerang sel pankreas. Badan Pesakit tidak boleh menghasilkan insulin semulajadi.

Type 2 : Terjadi disebabkan gaya hidup dan insulin resistance (badan kurang responsif walaupun insulin ada). Jenis ini menyumbang kepada 90-95% kes diabetes.

👉🏻Baca juga : Macam mana Insulin Resistance Terjadi?


Apa Maksud “Reverse” Diabetes?

Istilah “reverse” sering disalah tafsir sebagai “sembuh total”. Namun, dalam konteks pesakit kencing manis, reverse” bermaksud paras gula darah (HbA1c) kekal normal tanpa perlu ubat atau insulin, tetapi risiko terjadi semula tetap ada jika pesakit kembali ke gaya hidup tidak sihat.


Pesakit Diabetes Type 1 tidak boleh “reverse” seperti pesakit diabetes Type 2

  • Kerana punca utama ialah autoimmune dimana sel yang menghasilkan insulin (beta cells) sudah rosak.
  • Tiada penghasilan insulin → badan tak boleh kawal gula sendiri tanpa suntikan insulin luar.
  • Walaupun jaga makan, bersenam, atau ambil herba, badan tetap perlukan insulin sepanjang hayat.

Kajian Buktikan Diabetes Type 2 boleh “Reverse

  1. Kajian DiRECT (2017): Pesakit yang mengamalkan diet rendah kalori (850 kcal/hari) selama 3-5 bulan dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10-15kg, mampu hentikan ubat dan mencapai bacaan gula normal.
  2. Pembedahan Bariatrik: Kajian dalam New England Journal of Medicine mendapati 60-80% pesakit diabetes jenis 2 berjaya “reverse” diabetes selepas pembedahan batriatrik.

.

Bagaimana Tabiat Harian Boleh Bantu “Reverse” Diabetes?

  1. Turunkan Berat Badan (Terutama Lemak Di Bahagian Perut)

    Lemak perut (visceral fat) ni bukanlah sekadar buncit tetapi ia menandakan organ dalaman seperti hati dan pankreas telah diselaputi lemak. Lemak visceral ini akan menghasilkan bahan radang yang mengganggu fungsi pankreas dan insulin. Dengan menurunkan berat badan, secara tidak langsung boleh mengurangkan lemak pada bahagian tersebut dan meningkatkan kembali sensitiviti insulin.

    .
  2. Ubah Tabiat Pemakanan Harian

    Untuk bantu kawal gula darah, anda perlu ubah cara makan harian. Kurangkan gula, karbohidrat ringkas (seperti roti putih, kuih, air manis) dan makanan ultra-proses. Lebihkan sayur, protein, dan lemak sihat seperti minyak zaitun atau avocado. Makan ikut waktu dan elakkan kerap mengunyah snek manis. Bila badan tak “terpaksa” keluarkan insulin berlebihan, gula jadi lebih stabil dan mudah dikawal.

    .
  3. Aktifkan Badan (Walaupun Sekadar Jalan Kaki)

    Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki 20–30 minit sehari boleh bantu badan gunakan insulin dengan lebih berkesan. Otot yang aktif juga mampu menyerap gula dari darah dengan lebih efisien, sekali gus menurunkan paras gula secara semula jadi. Kajian dari American Diabetes Association menyokong bahawa senaman ringan adalah salah satu komponen utama dalam usaha untuk reverse diabetes Type 2.

    .
  4. Jaga Tidur & Kawal Stres

    Tidur yang cukup dan pengurusan stres yang baik sangat penting untuk kawal gula darah. Bila kita kurang tidur atau terlalu stres, badan akan hasilkan hormon kortisol secara berlebihan dan ini boleh menyebabkan paras gula meningkat tanpa kita sedar. Untuk bantu stabilkan hormon, pastikan tidur 6 hingga 8 jam setiap malam dan amalkan aktiviti yang boleh tenangkan minda seperti pernafasan dalam, senaman ringan, atau hobi santai.

    .

5 Herba Utama Cepatkan Proses “Reverse” Diabetes

Herba tidak boleh ganti ubat, tapi boleh bantu menyokong badan dari dalam. Bila diamalkan bersama pemakanan sihat & aktiviti harian, herba boleh percepatkan proses pemulihan semula jadi.

Berikut antara herba yang terbukti melalui kajian:

1. Moringa (Daun Kelor)
Moringa kaya dengan antioksidan dan sebatian semula jadi yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin serta memperlahankan penyerapan gula dalam usus. Kajian mendapati ia juga membantu menurunkan gula darah puasa (fasting blood sugar) secara signifikan.

👉🏻Turut baca : Moringa- Teh atau Kapsul Lebih Baik?

2. Peria Katak
Peria mengandungi bahan seperti charantin dan polypeptide-p, yang mempunyai kesan seakan-akan insulin. Ia bantu bawa masuk gula ke dalam sel dengan lebih berkesan dan stabilkan bacaan gula selepas makan.

3. Daun Jambu Batu
Daun jambu terkenal dengan keupayaannya untuk melambatkan penyerapan karbohidrat di usus kecil. Ini sangat berguna untuk elak gula “spike” selepas makan dan membantu kekalkan bacaan gula yang lebih stabil.

4. Misai Kucing
Herba ini mempunyai kesan diuretik ringan dan bantu tubuh keluarkan lebihan gula melalui air kencing. Ia juga bersifat anti-radang dan boleh menyokong kesihatan buah pinggang – organ penting bagi pesakit diabetes.

5. Hempedu Bumi
Dikenali kerana rasanya yang pahit, herba ini digunakan secara tradisional untuk kawal gula, sejukkan badan, dan bantu kawal radang dalaman yang menjadi punca gangguan metabolik.


Kesimpulan :

Reverse diabetes jenis 2 memang boleh, tapi bukan serta-merta. Ia perlukan gabungan pemakanan sihat, senaman, tidur cukup, pengurusan stres, dan sokongan herba. Jangan berhenti ubat tanpa nasihat doktor. Ubah gaya hidup secara berstrategi, dan badan akan beri hasil yang luar biasa.

.



Kalau Nak cari Teh Moringa yang :
✅Guna 100% daun Moringa asli
✅ Tanpa campuran herba lain
✅Daun Gred Tinggi , Zat Tinggi
✅Bebas Pewarna
✅Bebas Pengawet
✅Bebas pemanis
✅Tak Pahit
✅Harga Berbaloi

👉🏻 KLIK Sini : Teh Moringa MEDIgreen™ atau terus order di bawah

Teh Moringa MEDIgreen™

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: