Kita selalu dengar orang cakap, “Moringa ni bagus untuk kencing manis”. Tapi… betul ke? Atau sekadar mitos?
Jawapannya: YA, memang ada bukti saintifik yang tunjuk Moringa boleh bantu kawal gula dalam darah. Tapi bukan sebab “magik”, ia ada cara kerjanya sendiri. Jom tengok.
4 Cara Bagaimana Teh Moringa ‘Bekerja’
Berikut adalah 4 mekanisma utama Moringa berfungsi berdasarkan kajian saintifik:
✅ 1. Tingkatkan Kepekaan Insulin (Insulin Sensitivity)
Masalah utama pesakit diabetes jenis 2 adalah rintangan insulin (insulin resistance), di mana badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin. Ini menyebabkan gula tidak dapat masuk ke dalam sel dan akhirnya berkumpul di dalam salur darah.
👉 Dalam satu kajian oleh Jaiswal et al. (2009), ekstrak daun Moringa menunjukkan penurunan signifikan paras glukosa darah pada tikus diabetes melalui peningkatan sensitiviti insulin.
📚 Sumber:
Jaiswal D, Rai PK, Mehta S, et al. (2009). Journal of Ethnopharmacology, PubMed ID: 19367672
✅ 2. Melambatkan Penyerapan Gula ke dalam Usus
Daun Moringa mengandungi serat larut dan asid klorogenik, yang terbukti membantu memperlahankan penyerapan karbohidrat selepas makan. Jadi bacaan gula tak “spike” lepas makan.
👉 Kajian dalam jurnal Frontiers in Pharmacology (2016) menjelaskan bahawa asid klorogenik dalam Moringa boleh mengurangkan pengambilan glukosa dari usus kecil, sekaligus menstabilkan bacaan gula selepas makan.
📚 Sumber:
Saini RK, Sivanesan I, Keum YS. (2016). Frontiers in Pharmacology, PMC ID: PMC5290874
✅ 3. Mengurangkan Tekanan Oksidatif (Oxidative Stress)
Paras gula tinggi secara berterusan boleh rosakkan sel-sel tubuh akibat tekanan oksidatif.Kerosakan sel pula boleh membawa kepada komplikasi lain yang lebih kronik. Moringa kaya dengan antioksidan seperti quercetin, vitamin C dan beta-karoten, yang bertindak melindungi sel daripada kerosakan.
👉 Quercetin juga dilaporkan meningkatkan tindak balas insulin dan melindungi pankreas.
📚 Sumber:
Sreelatha S, Padma PR. (2009). Food and Chemical Toxicology, PubMed ID: 19022213
✅ 4. Bantu Kawal Gula Puasa (Fasting Blood Sugar) dan Gula Selepas Makan
Dalam kajian oleh Goyal et al. (2013), peserta wanita dengan diabetes jenis 2 yang mengambil 7g serbuk daun Moringa setiap hari selama 3 bulan menunjukkan penurunan bacaan gula puasa dan gula 2 jam selepas makan.
📚 Sumber:
Goyal BR, Agrawal BB, Goyal RK, Mehta AA. (2013). Journal of Clinical Biochemistry and Nutrition, NCBI ID: PMC3749011
.
.
🕒 Bila Masa Terbaik Minum Teh Moringa?
Untuk sokongan gula darah, masa sangat memainkan peranan. Cadangan berdasarkan logik fisiologi:
✅ Pagi (sebelum atau selepas sarapan):
Untuk bantu badan respon lebih baik terhadap makanan pertama hari itu.
✅ Sebelum makan malam:
Bantu kawal lonjakan gula lepas makan malam, terutamanya jika makan berat atau tinggi karbo.
📌 Jika baru mula cuba, mulakan dengan 1 cawan sehari, kemudian naikkan ke 2 kali jika serasi.
.
.
⚠️ Moringa Bukan Pengganti Ubat, Tapi Penyokong Semula Jadi
Walaupun khasiat Moringa sangat menggalakkan, ia tidak boleh menggantikan ubat diabetes secara langsung. Moringa bukan “ubat ajaib”, sebaliknya, ia boleh dijadikan sokongan semula jadi kepada pelan pemakanan sihat dan rawatan doktor
👉🏻Baca Juga : “Saya Dah Ambil Herba” -Ini Cara Yang Betul Nak Tinggalkan Ubat
.
.

Kalau Nak cari Teh Moringa yang :
✅Guna 100% daun Moringa asli
✅ Tanpa campuran herba lain
✅Daun Gred Tinggi , Zat Tinggi
✅Bebas Pewarna
✅Bebas Pengawet
✅Bebas pemanis
✅Tak Pahit
✅Harga Berbaloi
👉🏻 KLIK Sini : Teh Moringa MEDIgreen™ atau order terus di bawah
Teh Moringa MEDIgreen™
-
Teh Moringa
RM35.00 -
Teh Moringa (pakej 2 pek)
Original price was: RM70.00.RM50.00Current price is: RM50.00. -
Teh Moringa (pakej 3 pek)
Original price was: RM105.00.RM70.00Current price is: RM70.00. -
Teh Moringa (pakej 4 pek)
Original price was: RM140.00.RM90.00Current price is: RM90.00.